Catatkan 4/5 isi utama dan huraian ringkas untuk esei esei berikut:
1) "Berdasarkan kajian awal yang dijalankan oleh jabatan Alam Sekitar(JAS), didapati sejumlah 2200 jenis bahan kimia berbahaya yang digunakan di Malaysia. Data ini membuktikan masalah pengurusan sisa toksik dan berbahaya akan meruncing sekiranya tindakan yang lebih tegas dan penguatkuasaan yang lebih teliti tidak dilakukan. Terangkan bagaimana sisa toksik boleh mengancam kehidupan manusia dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkannya."
2) "Air merupakan salah satu elemen yang penting untuk meneruskan hidup. Ia digunakan bagi tujuan domestik dan komersial. Walaupun 71% permukaan bumi dilitupi air, manusia sering menghadapi krisis air yang berpunca daripada perubahan cuaca. Bincangkan punca krisis air dan kesannya terhadap kehidupan manusia."
3) "Memproses semua bahan buangan atau kitaran semula adalah satu teknologi baru. Bincangkan kebaikannya dalam kehidupan manusia."
4) "Jerebu merupakan satu istilah yang telah menjadi lumrah dalam kehidupan penduduk ini. Gejala ini telah membawa banyak kesan kepada kehidupan manusia. Bincangkan kesan-kesan jerebu kepada kehidupan manusia dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kesan jerebu."
5) "Pencemaran air telah lama di bincangkan dalam forum, seminar dan media massa. Isu pencemaran air dijangka akan menjadi penting dalam konteks pengurusan sumber air. Terangkan bagaimana air sungai dikelaskan tercemar. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkannya?
**Paparkan jawapan anda di dalam web blog ini. terima kasih. En Ooi
Friday, October 5, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Dihantarkan Oleh : Ooi Zhao Wei (6R2)
ESEI (1)
Sisa-sisa toksik menyebabkan berlakunya keracunan makanan .
Huraian – Bagi penduduk setinggan yang tidak mempunyai sistem bekalan air di rumah , mereka terpaksa mendapatkan air di sungai untuk menjalankan kegiatan aktiviti seharian mereka . Masakan , kebanyakkan sungai pada masa kini telah tercemar . Maka air tersebut yang digunakan untuk diminum dan dimasak akan menyebabkan masalah keracunan makanan .
Sisa-sisa toksik menyebabkan kewujudan penyakit-penyakit kronik
Huraian – Sisa-sisa toksik yang dibuang tanpa diperiksa akan menyebabkan penduduk yang tinggal berdekatan mudah terdedah kepada sisa-sisa tersebut . Pendedahan yang terlalu banyak akan menyebabkan sel-sel badan mengalami perubahan mutasi , dan seterusnya mewujudkan penyakit-penyakit kanser baru yang sukar untuk diubati .
Penggantungan lesen dilakukan terhadap pengurus yang bersikap keras kepala
Huraian – Pengurus yang mengabaikan kegiatan kebajikan dan enggan bekerjasama seharusnya diberhentikan pekerjaannya . Penggantungan lessen dijalankan berdasarkan tempoh yang ditetapkan selaras dengan prinsip undang-undang negara .
Menggalakkan penubuhan Persatuan Kitar Semula bagi setiap negeri
Huraian – Adalah digalakkan untuk mewujudkan Persatuan Kitar Semula bagi melahirkan kesedaran tentang pentingnya alam sekililing kepada kehidupan manusia . Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan bagi meluaskan pendedahan terhadap alam di sekeliling kita .
ESEI (2)
Perubahan cuaca menyebabkan krisis air berlaku
Huraian – Peningkatan suhu yang semakin tinggi menyebabkan musim kemarau yang semakin berleluasa . Hal ini menyebabkan musim hujan semakin berkurangan serta bekalan air tidak mencukupi .
Pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai menyebabkan krisis air berlaku .
Huraian – Sampah-sarap yang dibuang ke dalam sungai adalah disebabkan oleh sikap manusia yang keras kepala dan tidak tahu menjaga kebersihan sungai . Hal ini menyebabkan penduduk di tepi sungai menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber bekalan air yang bersih .
Aktiviti seharian manusia terbengkalai .
Huraian – Tanpa air , manusia tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan air seperti meminum, memasak , membasuh pakaian , mencuci ,dan sebagainya .
Manusia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan .
Huraian – Kawasan yang kering tidak sesuai untuk penanaman . Hal ini menyebabkan manusia menghadapi kesukarann untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi .
ESEI (3)
Penggunaan sumber alam dapat dikurangkan
Huraian – Dengan adanya pemprosesan semula bahan buangan , banyak sumber alam yang diteroka dikurangkan . Hal ini menyebabkan sumber alam tidak pupus .
Suhu persekitaran dapat dikurangkan .
Huraian – Pengurangan pokok yang ditebang dapat menyejukkan suhu di persekitaran . Hal ini kerana pengitaran semula kertas yang banyak dapat menyelamatkan bilangan batang pokok daripada ditebang .
Pencemaran alam dapat dikurangkan
Huraian – Dengan adanya kaedah pemprosesan kitar semula ini , bahan buangan dapat digunakan semula . Hal ini menyebabkan kadar peratusan pencemaran menjadi kurang .
Pelbagai jenis penyakit dapat dikurangkan .
Huraian – Pencemaran alam yang semakin kurang akan mengurangkan pelbagai jenis penyakit yang mengancam kesihatan manusia . Ini juga termasuk penyakit kanser yang sukar untuk diubati .
ESEI (4)
Jerebu yang tebal dapat mengaburi pemandangan dengan jarak yang dekat .
Huraian – Jerebu yang tebal dapat menyebabkan berlakunya kemalangan sama ada di darat mahupun di laut atau di udara . Keadaan yang berterusan akan menyebabkan ekonomi negara menghadapi kesukaran dalam sistem pengangkutan .
Jerebu dapat menjejaskan kesihatan manusia .
Huraian – Jerebu menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas serta melihat . Hal ini bukan sahaja menghalang aktiviti seharian manusia di luar rumah , malah menyebabkan kesihatan manusia terjejas .
Pihak kerajaan harus membuat rondaan di sekitar kawasan hutan .
Huraian – Kawasan hutan banyak berlakunya pembakaran secara meluas terutamanya semasa musim kemarau . Oleh itu , adalah tanggungjawab bersama khasnya pihak kerajaan untuk membuat rondaan yang kerap di kawasan hutan .
Tindakan dikenakan terhadap pembakaran dan pembalakkan secara haram .
Huraian – Pembakaran dan pembalakkan secara haram dapat meningkatkan kadar peratusan jerebu yang dihasilkan . Oleh itu , adalah sewajarnya hukuman berat dikenakan terhadap penduduk atau yang berkenaan yang enggan menjaga kepentingan alam .
ESEI (5)
Sungai yang dibanjiri oleh sampah-sarap dikelaskan sebagai pencemaran sungai .
Huraian – Sampah-sarap yang timbul tenggelam di sungai akan menjejaskan kepenggunaan sungai terhadap penduduk yang tinggal berdekatan . Sungai yang tercemar bukan sahaja membawa bau yang kurang menyenangkan malah menimbulkan pelbagai jenis penyakit baru .
Sungai yang dicemari oleh tumpahan minyak dan bahan kimia yang bertoksik .
Huraian – Tumpahan minyak dan bahan kimia yang bertoksik menyebabkan hidupan akuatik semakin berkurangan . Oleh sebab itu , bilangan hidupan akuatik semakin pupus .
Kegiatan pembersihan sungai dilaksanakan .
Huraian – Adalah satu kewajiban dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap kebersihan sungai . Oleh itu , sungai yang bersih dan jernih dapat menjamin keindahan dan kecantikan alam semula jadi .
Memupuk sikap terhadap kepentingan sungai
Huraian – Sikap kepentingan sungai harus dipupuk sejak kecil lagi . Kewajiban seorang guru bukan sahaja mengajar malah menasihat dan memberi panduan tentang pentingnya keindahan sungai kepada alam semula jadi .
Post a Comment