Friday, October 5, 2007

Tugasan: Pelajar-pelajar 6R2 & 6R3- hantar sebelum 21 Okt 2007

Catatkan 4/5 isi utama dan huraian ringkas untuk esei esei berikut:

1) "Berdasarkan kajian awal yang dijalankan oleh jabatan Alam Sekitar(JAS), didapati sejumlah 2200 jenis bahan kimia berbahaya yang digunakan di Malaysia. Data ini membuktikan masalah pengurusan sisa toksik dan berbahaya akan meruncing sekiranya tindakan yang lebih tegas dan penguatkuasaan yang lebih teliti tidak dilakukan. Terangkan bagaimana sisa toksik boleh mengancam kehidupan manusia dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkannya."

2) "Air merupakan salah satu elemen yang penting untuk meneruskan hidup. Ia digunakan bagi tujuan domestik dan komersial. Walaupun 71% permukaan bumi dilitupi air, manusia sering menghadapi krisis air yang berpunca daripada perubahan cuaca. Bincangkan punca krisis air dan kesannya terhadap kehidupan manusia."

3) "Memproses semua bahan buangan atau kitaran semula adalah satu teknologi baru. Bincangkan kebaikannya dalam kehidupan manusia."

4) "Jerebu merupakan satu istilah yang telah menjadi lumrah dalam kehidupan penduduk ini. Gejala ini telah membawa banyak kesan kepada kehidupan manusia. Bincangkan kesan-kesan jerebu kepada kehidupan manusia dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan kesan jerebu."

5) "Pencemaran air telah lama di bincangkan dalam forum, seminar dan media massa. Isu pencemaran air dijangka akan menjadi penting dalam konteks pengurusan sumber air. Terangkan bagaimana air sungai dikelaskan tercemar. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengurangkannya?

**Paparkan jawapan anda di dalam web blog ini. terima kasih. En Ooi