Bahagian A: Soalan 1:
"Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasakan generasi belia di negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara untuk mencapai matlamat di atas"
Panduan Menjawab Soalan:
1) Berikan 2 isi utama (dengan huraian dan contoh) kerasionalan kerajaan melaksanakan PLKN
2) Berikan 2 cara (dengan huraian dan contoh) untuk mencapat matlamat di atas- iaitu untuk memperkasakan generasi belia.
Bahagian A: Soalan 2
"Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk menajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanpun, pada masa yang sama, Malaysia juga tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.
Panduan Menjawab Soalan:
1) 2 hujah atau sebab Malaysia perlu memajukan sektor industri
2) 2 hujah atau sebab Malaysia masih perlu memajukan sektor pertanian
**Buat catatan dan lihat jawapan untuk soalan ini pada minggu depan.
Thursday, August 2, 2007
Pengajian Am
Pengajian Am- Blog ini adalah khas untuk pelajar-pelajar 6R2 dan 6R3. Para pelajar digalakkan untuk melayari web blog ini untuk mendapat panduan pembelajaran dalam mata pelajaran Pengajian Am.
Dua isu yang dipaparkan di sinii ialah:
1) Esei Laras Sastera:
Mengapakah siswazah menganggur?(Rujukan: Dewan Masyarakat, Julai 2005)
2) Esei Laras sains:
Krisis air dunia(Rujukan:Berita harian, 15/7/07)
Sila baca artikel-artikel tersebut untuk meluaskan pengetahuan anda. Catatkan isi-isi utama dan berikan pandangan anda.
Dua isu yang dipaparkan di sinii ialah:
1) Esei Laras Sastera:
Mengapakah siswazah menganggur?(Rujukan: Dewan Masyarakat, Julai 2005)
2) Esei Laras sains:
Krisis air dunia(Rujukan:Berita harian, 15/7/07)
Sila baca artikel-artikel tersebut untuk meluaskan pengetahuan anda. Catatkan isi-isi utama dan berikan pandangan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)