Bahagian A: Soalan 1:
"Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan satu program yang baik untuk memperkasakan generasi belia di negara ini dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi cabaran pada masa ini dan masa hadapan. Bincangkan rasional kerajaan melaksanakan program tersebut dan cadangkan cara-cara untuk mencapai matlamat di atas"
Panduan Menjawab Soalan:
1) Berikan 2 isi utama (dengan huraian dan contoh) kerasionalan kerajaan melaksanakan PLKN
2) Berikan 2 cara (dengan huraian dan contoh) untuk mencapat matlamat di atas- iaitu untuk memperkasakan generasi belia.
Bahagian A: Soalan 2
"Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa Malaysia memang perlu menumpukan perhatian untuk menajukan sektor perindustrian. Walau bagaimanpun, pada masa yang sama, Malaysia juga tidak sewajarnya mengetepikan usaha untuk meningkatkan sektor pertaniannya. Berikan ulasan anda tentang pernyataan di atas.
Panduan Menjawab Soalan:
1) 2 hujah atau sebab Malaysia perlu memajukan sektor industri
2) 2 hujah atau sebab Malaysia masih perlu memajukan sektor pertanian
**Buat catatan dan lihat jawapan untuk soalan ini pada minggu depan.
Thursday, August 2, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Cikgu,apakah yang dimaksudkan "kerasionalan kerajaan bagi melaksanakan program khidmat negara???Adakah berkaitan dengan maksud logik kah pihak kerajaan melaksanakan program tersebut???
terima kasih.
Kah Yan,6R3
Kah Yan,
"Kerasionalan"- bermaksud- kewajaran program tersebut dilaksanakan- sebab-sebabnya.
JAWAPAN: STPM 2006
Esei tentang Program PLKN
Rasional- 1) semangat patriotisme semakin luntur
2) gejala sosial berleluasa
3) perpaduan kaum rapuh
4) kurang jati diri
Cara-cara lain untuk memperkasakan belia
1) pendidikan
2) penglibatan dlm kegiatan kemasyarakatan/persatuan/NGO
3) Latihan & dorongan/kursus (eg. Program Rakan Muda)
2 isi -kerasionalan
2 isi- cara-cara *******
Esei- Memajukan Sektor Perindustrian
Mengapa perlu?
1) menjana pendapatan negara
2) menggalakkan peningkatan teknologi- R&D
3) menaikkan imej negara:capai status Negara Perindustrian Baru(NIC)
4) peluang pekerjaan
5) faktor geografi
6) mengurangkan import bahan makanan
7) mempunyai tradisi yang baik
8) pembekal bahan mentah utk industri pemakanan
9) mengimbangi pembangunan sektor bandar dan lua rbandar
10) mengurangi kemiskinan petani
4 isi utama sahaja***
Oh..macam itu,Terima Kasih Cikgu!!!kalau saya ingin buat esei berkaitan dengan PLKN,bolehkan???
terima kasih.
Kah Yan,6R3
Kah Yan,
anda boleh tulis esei berkenaaan. Ingat- bilangan perkataan ialah 300-350pp.
Post a Comment