Thursday, August 2, 2007

Pengajian Am

Pengajian Am- Blog ini adalah khas untuk pelajar-pelajar 6R2 dan 6R3. Para pelajar digalakkan untuk melayari web blog ini untuk mendapat panduan pembelajaran dalam mata pelajaran Pengajian Am.

Dua isu yang dipaparkan di sinii ialah:

1) Esei Laras Sastera:
Mengapakah siswazah menganggur?(Rujukan: Dewan Masyarakat, Julai 2005)
2) Esei Laras sains:
Krisis air dunia(Rujukan:Berita harian, 15/7/07)

Sila baca artikel-artikel tersebut untuk meluaskan pengetahuan anda. Catatkan isi-isi utama dan berikan pandangan anda.

10 comments:

Anonymous said...

giv some article about new issue like the malaysian election day

OoiL said...

Panduan:
1)Sila berikan komen anda dalam bahasa malaysia

2) Catatkan nama penuh dan kelas anda.

Anonymous said...

1) Esei Laras Sastera:
Mengapakah siswazah menganggur?

1.Kebanyakan yang menganggur adalah daripada keluarga berpendapatan rendah yang kurang kemahiran berbahasa Inggeris.
2.kelulusan mereka kebanyakannya tiada permintaan.
3.Graduan masih lagi terikat dengan bidang pengkhususan ketika di universiti dalam menentukan kerjaya.
4.Graduan terlalu memilih kerjaya.
5.Universiti-universiti awam masih mengeluarkan pelajar-pelajar yang lemah bahasa Inggeris dan kelulusan yang tidak relevan di pasaran pekerjaan.

2) Esei Laras sains:
Krisis air dunia.

1.faktor-faktor penghutanan.
2.peningkatan paras laut.
3.kekurangan kawasan-kawasan tadahan dan hutan.
4.peningkatan suhu dunia atau "global warming" mengakibat kemarau yang lebih kerap.
5.air dunia dicemar hingga tahap yang mengakibatkan 80% penyakit dunia.
6.sebanyak 4000 kanak-kanak sedunia mati akibat pencemaran air.
7.pengurusan sanitasi yang tidak cekap.
8.

Alvin Ooi
6R2

sumber:
(http://www.water.org/solution/crisis.htm)
(http://www.water.org/resources/headlines.htm)

OoiL said...

Alvin- pandangan anda bernas. Teruskan usaha anda. sila lihat soalan-soalan esei STPM yang dipaparkan.

nadz said...
This comment has been removed by the author.
nadz said...

LARAS SASTERA:
Mengapakah siswazah menganggur?
-penguasaan bahasa inggeris yang lemah dalam kalangan siswazah.
-pekerjaan sektor swasta memerlukan tanaga kerja yang mahir dalam bahasa inggeris.
-sikap memilih pekerjaan contohnya mencari pekerjaan yang sesuai dengan taraf sosial atau setaraf dengan ijazah mereka
- setiap tahun lebih kurang 75700 orang siswazah yang berjaya menamatkan pengajian di IPTA. dengan pertambahan siswazah secara mendadak menyebabkan peluang pekerjaan semakin terbatas.
-kursus yang tidak diperlukan dalam pasaran kerja ,contohnya banyak kursus yang ditawarkan di IPT tetapi peluang pekerjaan
dalam bidang itu terbatas.
-sikap majikan yang suka mengambil pelajar SPM untuk bekerja kerana gaji yang perlu dibayar adal;ah lebvih rendah berbanding dengan mereka yang bertaraf ijazah.
-kebanyakkan graduan tidak mempunyai kemahiran tambahan.

LARAS SAINS:
Krisis air
-pencemaran air berlaku apabila terdapat aktiviti pembuangan sisa toksik .
-pencemaran air menyebabkan bekalan air bersih berkurangan
-perubahan cuaca menyebabkan kemarau atau taburan hujan tidak menentu.
-aktiviti meratakan bukit atau penebangan balak menyebabkan aliran permukaan air hujan lebih cepat dan menyebabkan hakisan.
-sistem pembekalan air yang kurang cekap dan efisien menyebabkan berlakunya krisis air.

nur nadzirah
6R2

~anabilla~ said...

Laras Sastera:
Mengapakah graduan menganggur

-kebanyakan masih terikat dengan tempat kelahiran dan tidak mahu keluar mencari kerja di tempat lain.
-penguasaan pelajar dalam bahasa melayu lebih baik dari bahasa inggeris
-mentaliti makan gaji dalam pemikiran para siswazah,mereka terlalu bergantung kepada pihak kerajaan dan swasta.
-siswazah terpaksa menceburi bidang pekerjaan yang tidak mempunyai hubungan dengan kursus mereka.

Laras Sains:
Krisis air dunia

-orang ramai tidak berhemah semasa menggunakan air
-peralatan yang usang di logi-logi serta paip-paip yang sudah berpuluhan tahun sering menjadi punca kebocoran.
-sumber air dunia terhad tetapi permintaan semakin bertambah.
-kandungan klorofluorokarbon (CFC)
atau gas rumah hijau yang dilepaskan oleh penghawa dingin memberi kesan buruk kepada kitaran air dan sumber air kita.

Anis Nabilla 6R2

OoiL said...

Kepada Nur Adzirah & Anis,

Hujah-hujah anda kukuh. Teruskan dengan latihan lain.

terima kasih

OoiL said...

Kepada semua pelajar 6R2 & 6R3,

Sila layari website ini untuk mendapat maklumat penting tentang proses pilihanraya. Website Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia:

www.spr.gov.my

ooi zhao wei said...

Dihantarkan Oleh : Ooi Zhao Wei (6R2)


ESEI (1)


Sisa-sisa toksik menyebabkan berlakunya keracunan makanan .
Huraian – Bagi penduduk setinggan yang tidak mempunyai sistem bekalan air di rumah , mereka terpaksa mendapatkan air di sungai untuk menjalankan kegiatan aktiviti seharian mereka . Masakan , kebanyakkan sungai pada masa kini telah tercemar . Maka air tersebut yang digunakan untuk diminum dan dimasak akan menyebabkan masalah keracunan makanan .

Sisa-sisa toksik menyebabkan kewujudan penyakit-penyakit kronik
Huraian – Sisa-sisa toksik yang dibuang tanpa diperiksa akan menyebabkan penduduk yang tinggal berdekatan mudah terdedah kepada sisa-sisa tersebut . Pendedahan yang terlalu banyak akan menyebabkan sel-sel badan mengalami perubahan mutasi , dan seterusnya mewujudkan penyakit-penyakit kanser baru yang sukar untuk diubati .

Penggantungan lesen dilakukan terhadap pengurus yang bersikap keras kepala
Huraian – Pengurus yang mengabaikan kegiatan kebajikan dan enggan bekerjasama seharusnya diberhentikan pekerjaannya . Penggantungan lessen dijalankan berdasarkan tempoh yang ditetapkan selaras dengan prinsip undang-undang negara .

Menggalakkan penubuhan Persatuan Kitar Semula bagi setiap negeri
Huraian – Adalah digalakkan untuk mewujudkan Persatuan Kitar Semula bagi melahirkan kesedaran tentang pentingnya alam sekililing kepada kehidupan manusia . Pelbagai aktiviti dapat dilaksanakan bagi meluaskan pendedahan terhadap alam di sekeliling kita .


ESEI (2)


Perubahan cuaca menyebabkan krisis air berlaku
Huraian – Peningkatan suhu yang semakin tinggi menyebabkan musim kemarau yang semakin berleluasa . Hal ini menyebabkan musim hujan semakin berkurangan serta bekalan air tidak mencukupi .

Pembuangan sampah-sarap ke dalam sungai menyebabkan krisis air berlaku .
Huraian – Sampah-sarap yang dibuang ke dalam sungai adalah disebabkan oleh sikap manusia yang keras kepala dan tidak tahu menjaga kebersihan sungai . Hal ini menyebabkan penduduk di tepi sungai menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber bekalan air yang bersih .


Aktiviti seharian manusia terbengkalai .
Huraian – Tanpa air , manusia tidak dapat melakukan aktiviti yang melibatkan air seperti meminum, memasak , membasuh pakaian , mencuci ,dan sebagainya .


Manusia menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan .
Huraian – Kawasan yang kering tidak sesuai untuk penanaman . Hal ini menyebabkan manusia menghadapi kesukarann untuk mendapatkan bekalan makanan yang mencukupi .


ESEI (3)


Penggunaan sumber alam dapat dikurangkan
Huraian – Dengan adanya pemprosesan semula bahan buangan , banyak sumber alam yang diteroka dikurangkan . Hal ini menyebabkan sumber alam tidak pupus .


Suhu persekitaran dapat dikurangkan .
Huraian – Pengurangan pokok yang ditebang dapat menyejukkan suhu di persekitaran . Hal ini kerana pengitaran semula kertas yang banyak dapat menyelamatkan bilangan batang pokok daripada ditebang .


Pencemaran alam dapat dikurangkan
Huraian – Dengan adanya kaedah pemprosesan kitar semula ini , bahan buangan dapat digunakan semula . Hal ini menyebabkan kadar peratusan pencemaran menjadi kurang .


Pelbagai jenis penyakit dapat dikurangkan .
Huraian – Pencemaran alam yang semakin kurang akan mengurangkan pelbagai jenis penyakit yang mengancam kesihatan manusia . Ini juga termasuk penyakit kanser yang sukar untuk diubati .


ESEI (4)


Jerebu yang tebal dapat mengaburi pemandangan dengan jarak yang dekat .
Huraian – Jerebu yang tebal dapat menyebabkan berlakunya kemalangan sama ada di darat mahupun di laut atau di udara . Keadaan yang berterusan akan menyebabkan ekonomi negara menghadapi kesukaran dalam sistem pengangkutan .


Jerebu dapat menjejaskan kesihatan manusia .
Huraian – Jerebu menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas serta melihat . Hal ini bukan sahaja menghalang aktiviti seharian manusia di luar rumah , malah menyebabkan kesihatan manusia terjejas .


Pihak kerajaan harus membuat rondaan di sekitar kawasan hutan .
Huraian – Kawasan hutan banyak berlakunya pembakaran secara meluas terutamanya semasa musim kemarau . Oleh itu , adalah tanggungjawab bersama khasnya pihak kerajaan untuk membuat rondaan yang kerap di kawasan hutan .


Tindakan dikenakan terhadap pembakaran dan pembalakkan secara haram .
Huraian – Pembakaran dan pembalakkan secara haram dapat meningkatkan kadar peratusan jerebu yang dihasilkan . Oleh itu , adalah sewajarnya hukuman berat dikenakan terhadap penduduk atau yang berkenaan yang enggan menjaga kepentingan alam .


ESEI (5)


Sungai yang dibanjiri oleh sampah-sarap dikelaskan sebagai pencemaran sungai .
Huraian – Sampah-sarap yang timbul tenggelam di sungai akan menjejaskan kepenggunaan sungai terhadap penduduk yang tinggal berdekatan . Sungai yang tercemar bukan sahaja membawa bau yang kurang menyenangkan malah menimbulkan pelbagai jenis penyakit baru .


Sungai yang dicemari oleh tumpahan minyak dan bahan kimia yang bertoksik .
Huraian – Tumpahan minyak dan bahan kimia yang bertoksik menyebabkan hidupan akuatik semakin berkurangan . Oleh sebab itu , bilangan hidupan akuatik semakin pupus .


Kegiatan pembersihan sungai dilaksanakan .
Huraian – Adalah satu kewajiban dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap kebersihan sungai . Oleh itu , sungai yang bersih dan jernih dapat menjamin keindahan dan kecantikan alam semula jadi .


Memupuk sikap terhadap kepentingan sungai
Huraian – Sikap kepentingan sungai harus dipupuk sejak kecil lagi . Kewajiban seorang guru bukan sahaja mengajar malah menasihat dan memberi panduan tentang pentingnya keindahan sungai kepada alam semula jadi .